Pempengaruh akan dibenarkan buat pinjaman bank

Pempengaruh akan dibenarkan buat pinjaman bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Golongan pempengaruh akan dibenarkan membuat pinjaman bank melalui jaminan sumber pendapatan dalam media sosial. 

Perkara itu diputuskan oleh Pengarah Pembangunan Harta Intelektual bagi Industri Kreatif di Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Robinson Sinaga yang menetapkan peraturan itu akan berkuatkuasa bermula 12 Jun 2023. 

Jelasnya, kajian mengenai Peraturan Pemerintah (PP) itu akan melibatkan sektor perbankan, lembaga serta Kementerian Hukum, Pelancongan, Ekonomi Kreatif dan Perkhidmatan Kewangan. 

Katanya, pihaknya kini sedang meneliti peraturan yang tepat dan bersesuaian bagi merealisasikan perkara tersebut. 

“PP Nombor 24 Tahun 2022 ditandangani oleh Presiden Indonesia bermula dari 12 Jun 2022 hingga 12 Jun 2023. 

“Ada tempoh setahun diberikan kepada pihak kementerian dan lembaga bagi menyediakan peraturan tersebut. 

“Apabila peraturan tersebut sudah dilaksanakan, pinjaman itu akan dapat digunakan sebagai tambahan bagi modal kerja dan bukan dipakai untuk orang lain,” katanya lapor Warta Ekonomi.  

Menurut Robinson, pihaknya sedang mengusahakan supaya jaminan pinjaman yang dimohon mempunyai sijil Hak Kekayaan Intelektual. 

Berdasarkan maklumat dua tahun lalu yang dikongsikan oleh pihak kementerian, ekonomi kreatif menyumbang 1.13 trilion rupiah (RM342 juta), dengan bilangan pempengaruh dan individu terlibat dalam industri tersebut adalah seramai 18.7 juta orang. 

Melihat jumlah tersebut, pihak kementerian yakin peraturan baharu itu akan memberi lebih banyak sumbangan positif kepada ekonomi kreatif negara. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.