Pemindahan jantung dari penderma HIV positif catat sejarah - Utusan Malaysia

Pemindahan jantung dari penderma HIV positif catat sejarah

PAKAR bedah melakukan prosedur pemindahan jantung dari penderma yang menghidap HIV positif di hospital Montefiore di Bronx, New York. - AGENSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekumpulan pakar perubatan di New York City mencatat sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung dari penderma yang menghidap HIV positif.

Memetik laporan Daily Mail, prosedur pemindahan jantung itu dikatakan merupakan yang pertama seumpamanya.

Menurut pasukan doktor di Montefiore Health di Bronx, seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an yang mengalami kegagalan jantung menjalani pembedahan pemindahan jantung dan buah pinggang pada musim bunga.

Katanya, wanita itu menerima kedua-dua organ terbabit daripada penderma HIV positif yang sama.

Jelas pasukan pakar perubatan itu, wanita berkenaan juga menghidap HIV.

Pembedahan yang mengambil masa empat jam itu mencatatkan kejayaan dan wanita tersebut dibenarkan berehat di rumah selepas berada di hospital selama lima minggu.   

Sehingga tahun 2013, pembedahan pemindahan organ daripada penderma HIV positif diharamkan di Amerika Syarikat (AS).

Namun kini, prosedur seperti itu hanya dibenarkan bagi tujuan penyelidikan untuk mengetahui bagaimana tubuh badan bertindak balas terhadap organ baharu.

Pakar perubatan berharap agar prosedur seperti ini mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Malah, prosedur pemindahan organ antara pesakit HIV positif dengan penderma HIV positif juga membolehkan penggunaan sumber lain dengan lebih cekap.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan Rangkaian Bersatu Perkongsian Organ, Dr. David Klassen berkata, prosedur itu tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Ia merupakan sebahagian usaha lebih meluas untuk menggunakan organ yang tidak pernah digunakan dalam sejarah perubatan,” katanya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN