Pasukan IAEA periksa loji nuklear Zaporizhzhia - Utusan Malaysia

Pasukan IAEA periksa loji nuklear Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memeriksa loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di Ukraine pada minggu ini.

Pengumuman menerusi Twitter itu dibuat selepas mengadakan rundingan selama beberapa bulan yang mana Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berusaha mendapatkan akses kepada kemudahan itu.

Memetik laporan Al Jazeera, kakitangan Ukraine di kemudahan tersebut ketika ini beroperasi di bawah arahan tentera Russia.

Menurut IAEA, situasi itu memberi ancaman keselamatan kepada loji nuklear terbesar Eropah.

Misi yang diketuai oleh Ketua IAEA, Rafael Grossi akan menilai sebarang kerosakan akibat bedilan berhampiran loji tenaga nuklear Zaporizhzhia yang mana Russia dan Ukraine saling menuduh antara satu sama lain.

Bagaimanapun, agensi itu tidak menyatakan tarikh khusus pasukan mereka akan tiba di Zaporizhzhia.

Sementara itu, Kementerian Tenaga Ukraine memaklumkan pihaknya tidak akan mengulas mengenai perjalanan misi IAEA ‘atas faktor keselamatan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN