'Pasar pengantin lelaki' tradisi berusia 700 tahun di India - Utusan Malaysia

‘Pasar pengantin lelaki’ tradisi berusia 700 tahun di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADHUBANI, India: Seorang lelaki yang mengenakan baju berwarna merah jambu dan seluar hitam kelihatan gelisah sambil menunggu di tepi sebuah padang.

Nirbhay Chandra Jha, 35, menempuh perjalanan lebih 100 kilometer dari Begusarai ke daerah Madhubani dengan harapan dapat bertemu dengan jodoh di Surath, iaitu sebuah perkampungan yang terkenal dengan ‘pasar pengantin lelaki’.

Jha menunggu jika ada mana-mana keluarga wanita akan datang kepadanya dan berunding mengenai hantaran perkahwinan.

Calon pengantin pula akan berdiri sambil disaksikan oleh orang ramai, dengan purata hantaran kahwin yang diminta sebanyak AS$630 (RM2,807).

“Jika saya lebih muda, sudah tentu saya meminta hantaran kahwin yang lebih banyak,” kata Jha kepada Al-Jazeera.

Lelaki itu bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang dengan kewangan yang stabil, sekali gus meyakinkan dia mampu menjadi calon suami yang baik.

Di kawasan berhampiran, hampir 20 lelaki duduk di bawah pokok sambil menunggu jika ada keluarga mana-mana wanita yang ‘berkenan dengan mereka’.

Biarpun tradisi itu sudah tidak banyak lagi diamalkan di India, namun amalan tersebut masih disanjungi di Madhubani.

Tradisi berusia 700 tahun itu menyaksikan sejumlah lelaki yang layak berkahwin berdiri di khalayak ramai, kemudian mereka akan didatangi oleh penjaga wanita, terutamanya bapa atau abang untuk memilih calon suami bagi anak mereka.

Secara umumnya, calon pengantin perempuan hanya mengikut pilihan yang ditetapkan keluarga mereka.

Bagi penduduk kampung, tradisi itu dianggap suci dan perlu dikekalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.