Pasar Barongan guna buluh ganti duit

Pasar Barongan guna buluh ganti duit

SUASANA redup di Pasar Barongan Kali Gunting di Jombang yang dikelilingi oleh pokok buluh. -KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOMBANG: Sebuah pasar tradisional di Desa Mohotrisno, Jawa Timur, terkenal dengan keunikan tersendiri apabila transaksi jual beli tidak menggunakan wang tunai langsung. 

Sebaliknya, pembeli hanya perlu menyerahkan satu atau beberapa rumpun buluh sebagai alat pertukaran sekiranya meminati barang yang dijual, lapor Kompas.com. 

Sebelum itu, setiap pengunjung perlu menukar wang tunai dengan rumpun buluh yang bernilai 2,000 rupiah (60 sen) setiap satu. 

Suasana di Pasar Barongan Kali Gunting sangat mendamaikan dengan diiringi muzik gamelan bagi melayani pengunjung yang datang.

Selain makanan tradisional, berbagai-bagai produk kraf tangan tempatan dijual seperti kain batik, ukiran dari buluh serta manik-manik yang melengkapi urus niaga di pasar tersebut. 

Bahkan, pasar yang terletak dalam kebun buluh itu lebih sejuk berbanding dengan suasana di kebanyakan pasar tradisional lain kerana terlindung daripada sinaran terik matahari. 

Ketua Pasar Barongan Kali Gunting, Nusa Amin berkata, pasar tersebut memberikan ruang kepada golongan peniaga mempromosi dan menjual produk tempatan. 

Jelasnya, bagi produk kraf tangan, barangan yang dijual perlu berbeza dengan kraf tangan yang terdapat di daerah lain, apatah lagi diimport dari luar. 

“Bagi penjual makanan, mereka dilarang menggunakan buluh yang mengandungi MSG, pengawet atau pewarna makanan. 

“Syarat seterusnya mereka tidak boleh menggunakan plastik untuk membungkus makanan atau minuman. Ini kerana, semua makanan yang dijual perlu dialas menggunakan daun pisang,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya