Pasangan Singapura tipu RM103 juta

Pasangan Singapura tipu RM103 juta

SIRIWA PANSUK (depan) dan Pi Jiapeng ditahan dan diserahkan kepada Polis Singapura, kelmarin.-CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Selepas lebih lima minggu melarikan diri, sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah bernilai 32 juta dolar Singapura (RM103 juta).   

Warga Singapura, Pi Jiapeng, 26, dan isterinya, Siriwipa Pansuk yang merupakan warga Thailand, 27, menghadapi tuduhan konspirasi jenayah dengan melakukan penipuan dan keluar secara haram dari Singapura. 

Kedua-dua tertuduh didakwa di mahkamah semalam, selepas 180 laporan polis dibuat terhadap mereka membabitkan penipuan dua syarikat iaitu Tradenation dan Tradeluxury.   

“Pihak berkuasa Singapura akan melakukan apa sahaja yang perlu dan dibenarkan di bawah undang-undang Singapura bagi membawa mereka ke muka pengadilan.

“Kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penipu,” kata polis.  

Tertuduh ditahan di Malaysia sebelum diserahkan kepada polis Singapura, 11 Ogos lalu. 

Sebelum itu, waran tangkap dan notis Polis Antarabangsa (Interpol) sudah dikeluarkan terhadap pasangan itu. 

SEMBUNYI DALAM LORI  

Jiapeng diberkas kali pertama Jun lalu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan. 

Pasport miliknya kemudian dirampas dan kemudian dia dilepaskan dengan jaminan polis. 

Pansuk juga diarahkan menyerahkan pasport miliknya ke pejabat polis dan ditahan bagi membantu siasatan. 

Bagaimanapun, pasangan itu kemudian tidak dapat dihubungi dan melarikan diri dari Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, 4 Julai lalu. 

RAKYAT MALAYSIA SUBAHAT 

Dalam pada itu, seramai dua lelaki dituduh membantu pasangan tersebut melarikan diri dari Singapura. 

Mohamad Fazli Abdul Rahman, 38 dan Mohamed Alias, 40, dihadapkan ke mahkamah daerah, awal bulan lalu. 

Mengikut pertuduhan, Mohamad Fazli didakwa bersubahat dengan Mohamed Alias untuk mengaturkan Jiapeng dan Pansuk bersembunyi di dalam kontena sebuah lori yang didaftarkan di Malaysia. 

Mohamed Alias juga menghadapi dua pertuduhan membantu pasangan itu melarikan diri dari Singapura dengan memandu lori itu melalui Pusat Pemeriksaan Tuas, 4 Julai lalu. 

Kedua-dua tertuduh yang didakwa bersubahat dengan suspek akan dihadapkan ke mahkamah semula, 17 Ogos depan.-CNA  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.