Nasib empat suspek kes tembak jatuh MH17 diketahui 17 November ini - Utusan Malaysia

Nasib empat suspek kes tembak jatuh MH17 diketahui 17 November ini

PIHAK berkuasa memeriksa bangkai pesawat MH17 berdekatan kampung Hrabove di wilayah Donetsk, Ukraine pada Julai 2014. - Agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Mahkamah Belanda memaklumkan pihaknya akan membuat keputusan berhubung perbicaraan kes bunuh membabitkan empat suspek yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014, pada 17 November ini.

Perbicaraan itu membabitkan empat defendan iaitu seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko dan tiga warga Russia iaitu Oleg Pulatov, Sergey Dubinsky dan Igor Girkin

Pihak pendakwa raya berkata, empat defendan yang semuanya masih bebas, membantu dalam membekalkan sistem peluru berpandu yang digunakan puak pemisah disokong Russia untuk menembak roket ke pesawat terbabit pada 17 Julai 2014.

Dalam kejadian itu, semua 298 penumpang yang berada di dalam pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terbunuh.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman seumur hidup untuk semua suspek.

Semua empat suspek berkenaan dikenal pasti oleh kumpulan antarabangsa Pasukan Penyiasat Bersama yang meneliti kemalangan membabitkan penerbangan MH17 dan kemudian dinamakan sebagai tertuduh oleh pendakwa raya Belanda.

Menurut pendakwa raya, semua empat tertuduh ada kaitan dengan kumpulan pemberontak disokong Russia dan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Buk buatan Russia yang dibawa ke lokasi berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN