Moderna saman Pfizer RM416 billion kerana tiru paten

Moderna saman Pfizer RM416 billion kerana tiru paten

BANGUNAN syarikat farmaseutikal Pfizer dan ibu pejabat Moderna di Cambridge, Washington. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMBRIDGE: Syarikat farmaseutikal Moderna memfailkan saman berjumlah AS$104 bilion (RM416 bilion) terhadap Pfizer-BioNTech atas dakwaan pelanggaran hak cipta dan meniru teknologi yang dipelopori firma itu. 

Moderna mendakwa firma pesaing meniru teknologi yang telah dipatenkan antara 2010 hingga 2016. 

Kedua-dua syarikat itu memberikan suntikan vaksin Covid-19 mRNA. 

Syarikat itu menuntut ganti rugi daripada Pfizer-BionTech kerana menggunakan teknologinya serta tidak berusaha mengeluarkan vaksin dari pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, pihaknya memfailkan tindakan undang-undang bagi melindungi platform teknologi mRNA inovatif yang dipelopori dengan melabur berbilion dolar untuk dicipta dan dipatenkan sebelum pandemik. 

“Platform asas ini yang dibina sejak 2010 dengan usaha yang dipatenkan mengenai Covid-19 pada 2015 hingga 2016, membolehkan kami menghasilkan vaksin Covid-19 yang selamat dan sangat berkesan dalam masa singkat selepas wabak melanda,” jelasnya. 

Seorang pakar undang-undang memberitahu Moderna berkemungkinan boleh menuntut royalti berjumlah berbilion-bilion bagi jualan itu, tetapi ikrarnya untuk membenarkan IP dilanggar selama beberapa tempoh boleh menghalang kesnya. 

Suntikan vaksin Moderna sebahai perbandingan diunjurkan mencatat jualan AS$37 bilion (RM148 bilion) sepanjang 2021 hingga 2022. 

Memandangkan wabak Covid-19 mencetuskan peningkatan jangkitan dan kematian akhir 2020, Moderna memilih untuk tidak menguatkuasakan hak patennya semasa pelancaran vaksin. 

Namun begitu, syarikat itu mengubah dasarnya pada Mac lalu dan hanya berjanji untuk tidak menguatkuasakan paten di negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Sementara itu, Pfizer memberitahu DailyMail.com, pihaknya ‘terkejut’ dengan aduan yang mendakwa perkembangan suntikan vaksinnya adalah berdasarkan teknologi mRNA BioNTech. 

Pfizer-BioNTech mencatatkan jualan sekurang-kurangnya AS$104 bilion menjelang akhir tahun ini. 

Angka itu dijangka meningkat lebih jauh apabila syarikat melancarkan suntikan vaksin khusus Omicron baharu dalam beberapa bulan akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN