'Love scam': Wanita raih RM1.3 juta perdaya 18 lelaki

‘Love scam’: Wanita raih RM1.3 juta perdaya 18 lelaki

WU mengajak mangsanya melakukan sesi bergambar praperkahwinan bagi meyakinkan mereka dia benar-benar serius dalam hubungan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Kebanyakan kes ‘love scam‘ melibatkan golongan wanita, namun situasi berbeza di China apabila hampir 20 lelaki menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang ‘kemaruk menjalani kehidupan mewah’

Polis Shanghai menahan seorang model wanita berusia 29 tahun yang sudah berkahwin selepas dia memperdaya seramai 18 lelaki sehingga memperoleh ‘keuntungan’ sebanyak AS$300,000 (RM1.3 juta).

Menurut polis, wanita yang hanya dikenali sebagai Wu itu akan berpura-pura bersetuju berkahwin dengan semua lelaki yang digodanya, termasuk melakukan sesi foto praperkahwinan bagi meyakinkan semua mangsanya.

Kebanyakan mangsa Wu begitu yakin wanita tersebut akan mengahwini mereka menyebabkan dia mula meminta mangsanya sejumlah duit.

Antara alasan yang diberikan Wu untuk mendapatkan duit daripada kesemua lelaki tersebut termasuk perlu menanggung kos perubatan bapanya yang menghidap kanser, adiknya perlukan duit tambahan untuk membeli rumah, sepupunya perlu diikat jamin keluar dari lokap dan dia perlu membayar cukai selepas mewarisi harta pusaka.

Susulan itu, ada mangsanya yang memberikan wang tunai kepada wanita terbabit, malah sanggup membuat pinjaman bank.

Wu sudah berkahwin sejak 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Penipuan Wu mula terbongkar selepas wanita itu sering mengelak untuk mendaftarkan perkahwinan dan beberapa mangsanya meminta semula duit yang dipinjamnya, namun dia gagal membayarnya.

Berikutan itu, beberapa mangsanya membuat laporan polis dan selepas wanita itu ditahan, dia mengaku menipu sejumlah lelaki untuk mendapatkan duit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya