Liz Truss dahului Sunak, raih sokongan Kabinet

Liz Truss dahului Sunak, raih sokongan Kabinet

LIZ TRUSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Calon Perdana Menteri Britain, Liz Truss mendahului apabila memenangi sokongan anggota Kabinet, ketika ahli Parti Tory mula mengundi semalam bagi menentukan siapa bakal menjadi pengganti Boris Johnson.

Keputusan undian itu akan diumumkan pada Jumaat ini.

Pesaingnya, Rishi Sunak yang semakin ketinggalan berusaha menebus ‘kekalahannya’ menerusi rancangan terbaharu iaitu menjanjikan pemotongan cukai yang lebih banyak pada masa akan datang.

Truss pula mengumumkan rancangan untuk menjadikan Britain sebagai tuan rumah Piala Dunia bola sepak wanita selepas pasukan ‘Lionessess’ England memenangi kejuaraan Eropah.

Dalam pada itu, Sunak yang disifatkan sebagai pendebat hebat, perlu mencari momentum untuk bangkit semula selepas Truss mendahuluinya dalam tinjauan pendapat umum.

Sunak menegaskan, rancangan pemotongan cukai itu merupakan antara langkah terbaik dalam menangani krisis kenaikan kos hidup ketika ini.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa Britain, Penny Mordaunt juga sebelum ini merupakan calon perdana menteri turut menzahirkan sokongan kepada Truss dengan menyifatkan wanita itu sebagai calon terbaik.

Mordaunt yang tewas dalam peringkat akhir calon perdana menteri selepas mendudukan tempat ketiga, memuji Truss kerana kejujurannya, keazaman serta cita-cita tinggi demi negara.

Menteri Kewangan, Nadhim Zahawi serta beberapa tokoh politik lain juga menyokong Truss sebagai calon perdana menteri menentang Sunak.

“Kita memerlukan sikap ‘booster’ (pemacu) kepada ekonomi negara dan bukannya ‘doomster’ (kehancuran) bagi menangani masalah kos sara hidup dan cabaran peringkat global.

“Truss dilihat mampu menjadi ‘booster’ kepada negara ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya