Lebih 1,300 pelarian Ukraine dihalau tuan rumah di UK

Lebih 1,300 pelarian Ukraine dihalau tuan rumah di UK

NATALIA bersama anak perempuannya, Sofiia yang berusia tiga tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelarian Ukraine yang tinggal di United Kingdom (UK) dihalau keluar oleh keluarga tuan rumah yang memberikan perlindungan kepada mereka, berikutan kelewatan kerajaan dalam pembayaran skim ‘Rumah untuk Ukraine’.

Di bawah skim itu, warga Britain diberikan 350 pound (RM1,856) sebulan sekiranya mereka menawarkan bilik atau rumah kepada para pelarian untuk tempoh minimum enam bulan.

Lapor Daily Mail, kira-kira 1,335 orang yang melarikan diri ke UK susulan pencerobohan Russia di Ukraine, kini disenaraikan sama ada kehilangan tempat tinggal atau berisiko tinggi mengalami keretakan hubungan dengan penaja mereka.

Difahamkan, kelewatan pembayaran 350 pound itu menyebabkan ramai tuan rumah terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk menyara pelarian berkenaan.

Tuan rumah dikenali sebagai Simone Schechtman yang menghubungkan ratusan pelarian Ukraine dengan keluarga tuan rumah di Birmingham dan West Midlands mengakui ramai penaja kini berasa tertekan.

“Pihak berkuasa tempatan lambat melakukan pembayaran dan ia menyebabkan beberapa keluarga tuan rumah mengalami tekanan besar.

“Kebanyakan penaja menyangka mereka akan dibayar pada hujung April namun di Birmingham sahaja pembayaran pertama hanya dilakukan pada bulan lepas.

“Kelewatan pembayaran dan perbelanjaan semakin meningkat menyebabkan hubungan antara keluarga tuan rumah dan pelarian retak, malah saya secara peribadi menyumbang ratusan pound derma amal kepada penaja untuk menampung kos tersebut,” katanya.

Skim Rumah untuk Ukraine dilancarkan pada Mac lalu dengan dana disalurkan kepada majlis perbandaran untuk diagihkan sebagai bayaran kepada keluarga tuan rumah..

Sementara itu, seorang pelarian Ukraine, Tetiana Bilousova mengakui dia dan dua orang anaknya dihalau keluar pada bulan lalu selepas keluarga tuan rumah gagal menerima sebarang bayaran.

Seorang lagi pelarian, Mariia Suslova, 65, bersama menantunya, Natalia, 41, dan cucunya, Sofiia berusia tiga tahun yang tinggal di rumah penaja diminta untuk meninggalkan kediaman tersebut beberapa minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN