Laluan kapal di Selat Taiwan terjejas: Tindakan China rugikan dunia

Laluan kapal di Selat Taiwan terjejas: Tindakan China rugikan dunia

ORANG ramai melihat helikopter tentera China terbang di Pulau Pingtan di wilayah Fujian yang berhampiran Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Latihan ketenteraan yang dilakukan oleh China di sekitar Taiwan dijangka boleh menjejaskan zon perkapalan tersibuk dunia, sekali gus memburukkan lagi rantaian bekalan global.

Menurut penganalisis, latihan ketenteraan itu berlangsung di sekitar laluan perkapalan tersibuk dunia yang sering digunakan untuk menghantara bekalan peralatan elektronik oleh kilang-kilang Asia Timur ke pasaran global.

Kesemua laluan itu juga merupakan ‘kunci utama’ kepada sektor gas.

Berdasarkan data yang dikumpul Bloomberg, hampir separuh daripada kapal kontena dunia melalui Selat Taiwan yang memisahkan wilayah kepulauan itu dengan tanah besar China dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

“Data itu menunjukkan betapa sibuknya zon perkapalan di kawasan tersebut dan latihan ketenteraan yang diadakan pasti menjejaskan rantaian bekalan global kerana banyak kapal perlu menukar laluan,” kata pengkaji di Sekolah Pengajian Antarabangsa Singapura S. Rajaratnam, James Chan.

‘Kekacauan’ terhadap rantaian bekalan global yang sebelum ini sudah pun terjejas akibat pandemik Covid-19 dan perang Russia-Ukraine boleh bertambah buruk dengan situasi semasa.

“Penutupan sementara laluan perkapalan ini bukan hanya memberi kesan kepada Tiawan, tetapi juga kepada negara jiran yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan,” ujar penganalisis ekonomi, Nick Marro.

Biro Pelabuhan dan Maritim Taiwan turut memberi amaran kepada sejumlah kapal di kawasan utara, timur dan selatan supaya mengelak laluan yang digunakan China untuk latihan ketenteraan tersebut.

Namun, terdapat juga beberapa syarikat perkapalan yang mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum menukar laluan.

“Kami tidak melihat latihan itu memberi kesan kepada operasi perkapalan dan kami tidak mempunyai rancangan untuk menukar laluan,” menurut jurucakap Maersk China, Bonnie Huang.

Selain itu, latihan ketenteraan berkenaan didakwa menjejaskan laluan udara apabila lebih 400 penerbangan dibatalkan di lapangan utama di Fujian, iaitu wilayah China paling hampir dengan Taiwan.

Kabinet Taiwan memaklumkan, latihan itu boleh mengganggu 18 laluan penerbangan antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN