Korea Utara didakwa tembak dua peluru berpandu - Utusan Malaysia

Korea Utara didakwa tembak dua peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu jenis krus pada hari ini, kata Kementerian Pertahanan Seoul.

Pelancaran itu menamatkan siri ujian senjata Pyongyang dalam tempoh sebulan yang memecahkan rekod tahun ini.

Menurut Kementerian Pertahanan Seoul, pihaknya mendapati Korea Utara menembak dua peluru berpandu krus dari Onchon, wilayah Pyongan Selatan ke Laut Barat, pagi tadi.

“Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan sedang menganalisis spesifikasi terperinci seperti jarak pelancaran peluru berpandu itu,” jelasnya.

Berdasarkan laporan Agensi Berita Yonhap, Korea Utara tidak melancarkan peluru berpandu jenis krus sejak Januari lalu.

Peluru berpandu krus tidak diharamkan di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu.

Kali terakhir Pyongyang menjalankan ujian senjata adalah pada 10 Julai lalu selepas melancarkan beberapa pelancar roket. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya