Korea Selatan catat kadar kesuburan paling rendah di dunia

Korea Selatan catat kadar kesuburan paling rendah di dunia

BILANGAN anak yang dilahirkan oleh penduduk Korea Selatan semakin berkurangan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan sekali lagi merekodkan kadar kesuburan paling rendah di dunia dengan bilangan anak yang dilahirkan semakin menurun. 

BBC melaporkan, angka baharu itu jauh lebih rendah berbanding seorang anak bagi setiap wanita pada 2018. 

Rabu lalu, angka yang diumumkan oleh pihak kerajaan menunjukkan jatuh kepada 0.81 berbanding 0.84 tahun lalu, sekali gus mencatatkan enam tahun penurunan. 

Sebagai perbandingan, kadar purata di seluruh dunia bagi negara maju adalah 1.6 anak. 

Setiap negara perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bagi setiap pasangan dengan nisbah 2.1 bagi mengekalkan populasi mereka tanpa migrasi. 

Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) memaklumkan kadar kesuburan ‘jatuh merudum’ sejak enam dekad lalu.

Trend ini amat ketara di Korea Selatan dengan saiz keluarga makin berkurangan dalam tempoh beberapa generasi. 

Pada permulaan 1970an, wanita di negara ini mempunyai empat anak secara purata. 

Bilangan penduduk yang semakin berkurangan boleh meletakkan negara di bawah tekanan yang besar. 

Selain daripada peningkatan tekanan terhadap perbelanjaan awam apabila permintaan untuk sistem penjagaan kesihatan dan pencen meningkat, populasi belia yang semakin berkurangan juga membawa kepada kekurangan buruh yang menjejaskan ekonomi. 

Situasi itu lebih membimbangkan apabila kadar kematian direkodkan melebih bilangan kelahiran buat pertama kali, dua tahun lalu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN