Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri - Utusan Malaysia

Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

TANGKAP layar video yang menunjukkan Dwi Jatmiko (dua dari kiri) bertengkar dengan petugas media di Madiun, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADIUN: Seorang pegawai polis mengamuk di depan ibu pejabat polis Madiun selepas dimaklumkan seorang petugas media tidak sengaja tersentuh punggung isterinya.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku ketika Dwi Jatmiko yang merupakan Ketua Polis Trafik bersama isterinya menyertai Hari Kebangsaan Indonesia Ke-77, di sini kelmarin.

Berdasarkan video yang tular, Dwi dilihat menanggalkan uniformnya dan mengamuk depan barisan petugas media, selain meminta pihak yang bertanggungjawab tampil mengakui perbuatannya.

“Sesiapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu sila tampil sekarang.

“Dia ini isteri saya dan merupakan tanggungjawab saya. Sudah tentu saya marah jika ada pihak tidak bertanggungjawab memperlecehkannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang wartawan yang dikenali sebagai Jumali, menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam insiden tersebut.

Petugas media itu menceritakan, dia tersandung dan hampir terjatuh selepas selesai menemu bual Datuk Bandar Madiun dan ketika itu, tangannya tidak sengaja tersentuh punggung isteri Dwi yang berada di depannya.

“Saya sudah memohon maaf atas insiden yang berlaku. Saya benar-benar tidak sengaja dan saya sudah pun hadir ke ibu pejabat polis untuk memberi keterangan,” ujarnya.

Insiden itu juga menyaksikan petugas media lain turut bertengkar dengan Dwi dan mereka meminta supaya ketua polis trafik itu membuat laporan polis jika berasa isterinya dicabul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.