Kes tembak polis: Ferdy menyesal libatkan anak buah

Kes tembak polis: Ferdy menyesal libatkan anak buah

FERDY SAMBO (tengah) diiring anggota polis lain selepas meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negara di Jakarta.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Ketua Bahagian Profesion dan Pengamanan Polis Negara, Ferdy Sambo menyesal dan memohon maaf kerana mengorbankan masa depan anak buahnya, Bharada E atau nama sebenarnya Bharada Richard Elizer yang masih muda. 

Lapor Suara.com, Ferdy menyatakan kekesalan tersebut selepas disoal siasat oleh Ketua Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Ahmad Taufan di Mako Brimob, Depok, Jumaat lalu. 

“Adakah kamu berasa menyesal kerana menjadikan anak buah kamu yang masih muda terkait dengan masalah ini?” soalnya kepada Ferdy. 

Taufan berkata,Ferdy mengaku bersalah dan berjanji akan berusaha membebaskan Bharada E. 

“Ia saya salah, saya akan bertanggungjawab semuanya.

“Saya bukan mahu melindungi orang yang melakukan kesalahan, tetapi saya tidak mahu mana-mana individu dipenjarakan kerana saya,” kata Ferdy. 

Julai lalu, anggota polis, Nofriansyah Yosua Hutabarat maut ditembak Bharade E dalam insiden pembunuhan terancang di Duren Tiga, Jakarta Selatan. 

Hasil bedah siasat ulangan terhadap mayat Nofriansyah menunjukkan punca kematiannya disebabkan kecederaan tembakan, termasuk di bahagian kepala dan dada.

Bedah siasat itu juga menemukan sebanyak lima luka tembakan dengan empat daripada peluru menembusi badan.

Setakat ini, lima individu didakwa sebagai suspek iaitu Bharada E, Bripka RR dan pembantu rumah, Kuwat Maruf dengan Ferdy dan Putri menjadi suspek utama.  

Sehingga kini, polis belum dapat mengenal pasti motif pembunuhan tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN