Kes tembak polis: Bharada dijanjikan upah RM303,000

Kes tembak polis: Bharada dijanjikan upah RM303,000

DEOLIPA YUMARA ditemui wartawan selepas mengesahkan tidak lagi menjadi peguam kepada Bharada.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Inspektor Jeneral Ferdy Sambo didakwa menjanjikan upah satu bilion rupiah (RM303,000) kepada Bharada Richard Eliezer yang menembak mati anggota polis, Nofriansyah Yosua Hutabarat, 8 Julai lalu.       

Lapor Tribunnews, isteri Ferdy, Putri Chandrawati juga dikatakan menjanjikan untuk memberikan upah tersebut kepada suspek sejurus misi berjaya dilaksanakan. 

Pendedahan itu dibuat oleh bekas peguam Bharada, Deolipa Yumara menerusi sidang akhbar di kediamannya di Bandar Depok.  

Jelasnya, maklumat itu sudah diserahkan dalam Laporan Penyiasatan pihak polis. 

“Putri turut menjadi saksi suaminya mengenai bayaran upah yang dijanjikan. Namun, malangnya wang tersebut tidak diberikan dan hanya dijanjikan sahaja. 

“Ferdy juga menjanjikan upah 500 juta rupiah (RM151,000) kepada dua suspek lain,” katanya.  

Deolipa berkata, bekas anak guamnya berada dalam tekanan selepas dirinya tidak lagi mewakilinya dalam perbicaraan nanti.

“Ini bukan pemalsuan dokumen, tetapi ada individu yang menyuruh dia supaya membatalkan lantikan saya sebagai peguam mewakili dirinya.

“Surat itu juga agak pelik sebab Bharada selama ini akan menulis dengan menyertakan tarikh, hari, jam dan minit. Bagaimanapun, surat itu hanya ditulis menggunakan komputer.

“Ini menunjukkan dia dipaksa, tertekan atau ada unsur masuk campur,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara mengesahkan pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Ketua Jabatan Komunikasi dan Perhubungan Awam Polis Negara, Fahmi Alamsyah yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan itu. 

Fahmi dikatakan membantu dan menguruskan kes pembunuhan dengan bersuhabat bersama Ferdy selepas mangsa dibunuh. 

Sebelum ini, Ferdy didakwa menjadi suspek utama selepas beliau dituduh cemburu dengan hubungan mesra antara isterinya dengan mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya