Kerajaan Montenegro tumbang selepas tiga bulan berkuasa

Kerajaan Montenegro tumbang selepas tiga bulan berkuasa

DRITAN ABAZOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB: Kerajaan Motenegro pimpinan Perdana Menteri, Dritan Abazovic hanya sempat bertahan selama tiga bulan selepas ditumbangkan menerusi undi tidak percaya.

Semalam, Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya dengan 50 ahli Parlimen menyokong usul untuk menyingkirkan Abazovic.

Usul tersebut dibentangkan Parti Demokrat Sosialis (DPS) diketuai Presiden Montenegro, Milo Dukanovic.

Barisan Kabinet Abazovic akan terus mentadbir negara di bawah kerajaan sementara, bagi menunggu pembentukan kerajaan baharu.

Negara ini menyaksikan dua kali perubahan kerajaan sejak kali terakhir pilihan raya Parlimen diadakan dua tahun lalu.

Februari lalu, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Zdravko Krivokapic digulingkan sebelum digantikan dengan kerajaan pimpinan Abazovic pada April.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN