Jokowi akui ekonomi Indonesia semakin berkembang

Jokowi akui ekonomi Indonesia semakin berkembang

JOKOWI semasa berucap di Parlimen di Jakarta.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan pandemik Covid-19 berjaya dikawal sepenuhnya dengan keadaan ekonomi yang semakin berkembang. 

Jokowi menjelaskan negara Asia Tenggara juga berjaya melaksanakan kepemimpinan global semasa ketegangan geopolitik. 

“Indonesia merupakan antara negara yang berjaya mengawal pandemik Covid-19 sepenuhnya. 

“Negara kita juga merupakan antara lima negara utama di peringkat global yang paling ramai menerima vaksin dengan 432 juta dos suntikan sudah diberikan kepada seluruh rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian menjelang sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-77, semalam. 

Menurut Jokowi, ekonomi negara juga berkembang 5.44 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua, sekali gus menunjukkan kadar pertumbuhan terpantas dalam tempoh setahun. 

Jelasnya, kadar inflasi juga adalah 4.94 peratus di bawah kadar inflasi negara anggota ASEAN iaitu kira-kira tujuh peratus. 

Sehingga pertengahan tahun ini, katanya, bajet negara juga mempunyai lebihan 106 trilion rupiah (RM32 bilion).  

Menerusi ucapan rasmi tersebut, Jokowi berkata, jawatankuasa pilihan raya sedang melakukan persiapan menjelang Pilihan Raya 2024 nanti. 

“Saya hendak ingatkan, jangan ada lagi politik identiti. Jangan lagi mempolitikkan agama. 

“Tiada lagi isu polarisasi sosial. Demokrasi kita mesti matang,” katanya. 

Dalam pada itu, Jokowi berkata, tahap kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Indonesia ‘semakin meningkat’. 

Jelasnya, Indonesia diterima oleh Russia dan Ukraine sebagai jambatan yang menghubungkan keamanan dunia. 

“Kita sepatutnya bersyukur kerana Indonesia merupakan antara negara yang berjaya mengawal krisis makanan global seperti makanan, tenaga dan aliran kewangan,” katanya.   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya