Jet pejuang, kapal perang China lintas garis sempadan Taiwan

Jet pejuang, kapal perang China lintas garis sempadan Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Jet pejuang dan kapal perang China dilaporkan sudah melintasi garis sempadan di Selat Taiwan, hari ini.

Tentera Taiwan melihat perkembangan itu sebagai latihan ketenteraan yang ‘terlampau provokatif’ dari negara jiran.

“Sehingga pukul 11 am tadi, banyak kapal perang dan jet pejuang China menjalani latihan di selat Taiwan serta melintasi garis sempadan negara.

“Latihan ketenteraan ini sama ada akan melepaskan peluru berpandu balistik atau sengaja melintasi garis sempadan, ia adalah tindakan provokatif,” katanya.

China mengadakan latihan besar-besaran mengelilingi Taiwan sejak Khamis lalu, susulan lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau itu.

Sebelum ini, jet pejuang dan kapal tentera China jarang melintasi garis sempadan, walaupun pencerobohan China semakin kerap sejak mengisytiharkan sempadan rasmi tidak lagi wujud, pada 2020.

Lintasan garisan sempadan adalah sensitif kerana Selat Taiwan adalah sempit dengan hanya 130 kilometer dari titik tersebut dan pencerobohan meningkatkan risiko kemalangan tentera.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya