Indonesia sambut Hari Kebangsaan kali ke-77 hari ini

Indonesia sambut Hari Kebangsaan kali ke-77 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menyambut Hari Kebangsaan kali ke-77 hari ini dengan semua rakyat diminta menghentikan sebarang aktiviti selama tiga minit.

Kira-kira pukul 10.17 pagi (waktu tempatan) hari ini, rakyat diminta berdiri tegak ketika bendera Merah Putih dinaikkan dalam Upacara Peringatan Detik-Detik Proklamasi Hari Ulang Tahun ke-77 Republik Indonesia.

Lapor Kompas.com, aktiviti yang dihentikan seketika itu bagaimanapun, dikecualikan bagi setiap individu dengan aktiviti yang berpotensi membahayakan diri dan orang lain.

“Ayuh kita berdiri tegak bersama semasa upacara peringatan Detik-Detik Proklamasi Hari Ulang Tahun ke-77 Republik Indonesia.

“Semoga 77 tahun Republik Indonesia pulih lebih cepat, bangkit lebih kuat,” kata beberapa menteri menerusi video yang ditayangkan dalam You Tube.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.