India rekod kematian cacar monyet pertama di Asia - Utusan Malaysia

India rekod kematian cacar monyet pertama di Asia

WABAK cacar monyet kini merebak di puluhan negara di seluruh dunia dengan hampir 400 kes. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOCHI: India semalam mengesahkan kes kematian pertama akibat cacar monyet, membabitkan seorang lelaki muda di negeri selatan Kerala iaitu kematian keempat yang diketahui di peringkat global.

Minggu lalu, Sepanyol melaporkan dua kematian berkaitan wabak itu, manakala Brazil melaporkan kes pertama.

Kematian di India juga adalah yang pertama di Asia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Kerala, lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia Sabtu lalu dan kerajaan sudah mengasingkan 21 individu yang berhubung rapat dengannya.

“Individu itu tiba di Kerala pada 21 Julai tetapi pergi ke hospital hanya pada 26 Julai apabila dia menunjukkan gejala keletihan dan demam,” kata Menteri, K Rajan kepada pemberita.

Beliau memaklumkan, tidak ada sebab untuk berasa panik kerana tiada seorang pun daripada kenalan utama mangsa menunjukkan gejala.

Menteri Kesihatan Kerala, Veena George memberitahu, keluarga lelaki itu memaklumkan hari sebelumnya bahawa dia diuji positif di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum kembali ke India.

Kementerian kesihatan persekutuan India tidak mengulas mengenai kematian itu, kecuali menyatakan kerajaan membentuk pasukan petugas pegawai kanan bagi memantau kes cacar monyet di negara itu, yang mana media tempatan sudah melaporkan sekurang-kurangnya lima jangkitan.

WHO berkata, akhir bulan lalu, 78 negara melaporkan lebih 18,000 kes cacar monyet, majoritinya di Eropah.

Katanya, virus cacar monyet menyebabkan penyakit dengan simptom yang kurang teruk berbanding cacar dan berlaku terutama di Afrika tengah dan barat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya