Hujan lebat landa Seoul ragut tujuh nyawa

Hujan lebat landa Seoul ragut tujuh nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seramai tujuh orang maut selepas hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik terputus serta jalan raya dan terowong kereta api bawah tanah tenggelam di bandar metropolitan, malam tadi.

Menurut pihak berkuasa, hujan direkodkan lebih 100 milimeter (mm) selama sejam lewat malam semalam, dengan beberapa kawasan lain di bandar terbabit menerima taburan hujan sebanyak 141.5mm.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata, rekod itu menjadikan hujan terburuk dalam tempoh 80 tahun.

Sehingga pukul 5 pagi tadi, taburan hujan terkumpul di Seoul mencecah paras 420 mm dan hujan diramal akan turun lebih lebat.

Ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan mengesahkan lima kematian direkodkan di wilayah Gangnam dan dua yang lain di wilayah Gyeonggi.

Daripada jumlah itu, empat mangsa maut akibat terperangkap dalam bangunan yang dinaiki air, tiga mangsa ditemukan terkena renjatan elektrik, di bawah serpihan struktur perhentian bas dan terperangkap dalam tanah runtuh.

Disebabkan itu, ibu pejabat menaikkan amaran krisis kepada tahap tertinggi serta meminta pertubuhan awam dan swasta melakukan pelarasan waktu kerja masing-masing.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN