Hina Nabi: Polis berkas ahli politik BJP, T Raja Singh

Hina Nabi: Polis berkas ahli politik BJP, T Raja Singh

T RAJA SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis memberkas T Raja Singh, 45, kerana mengeluarkan video menghina Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan ribuan umat Islam di bandar selatan India, Hyderabad.  

Ahli Dewan Undangan Negeri Telangana itu ditahan berdasarkan Akta Tahanan Pencegahan kerana ‘menyampaikan ucapan provokatif, hasutan dan mendorong perpecahan antara masyarakat yang membawa kepada kekacauan awam’. 

Suspek yang merupakan seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) juga dituduh terlibat dalam 18 ‘kesalahan komunal’ masa lalu. 

Lelaki itu ditahan dua hari selepas BJP menggantung keahliannya atas kesalahan mengeluarkan ucapan berbaur kebencian.

Jawatankuasa Pusat BJP berkata, pandangan Singh adalah kenyatan peribadinya dan ‘bertentangan pendirian parti’. 

Singh juga diminta menjelaskan alasan beliau tidak perlu dipecat daripada parti. 

Isu itu timbul dua minggu lalu, selepas Singh mengancam untuk mengganggu rancangan pelawak Muslim, Munawar Faruqui. 

Singh mendakwa Munawar membuat jenaka tentang Hindu dan menyinggung perasaan penganut agama itu. 

Menerusi video yang disiarkan dalam media sosial, Singh mengancam untuk membakar tempat pertunjukan Munawar. 

“Kami akan membelasahnya dan membuangnya dari Telangana. Tiada siapa boleh halang kami, ini adalah satu cabaran,” katanya.

Menerusi video lain yang pernah disiarkan 22 ogos lalu, Singh juga memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad. 

Ketegangan itu menyebabkan ribuan umat Islam di Hyderabad melancarkan protes Selasa lalu, dengan membakar patung Singh dan menuntut penahanannya. 

Polis menahan Singh serta-merta tetapi dibebaskan dengan jaminan beberapa jam kemudian kerana ‘kesilapan teknikal’. 

Selepas Singh dibebaskan, penyokong Hindu menyambutnya dengan kalungan bunga. 

“Saya tidak menamakan mana-mana komuniti agama dalam video ucapan. Saya hanya menyasarkan Munawar dan tetap dengan kenyataan ini. 

“Saya akan keluarkan video kedua tidak lama lagi,” katanya. 

Tiga bulan lalu, bekas Jurucakap BJP, Nupur Sharma mengeluarkan kenyatan anti-Islam sehingga mencetuskan ketegangan antarabangsa dan banyak negara Islam mengecam India.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya