Harga gas asli terus naik, EU gusar 'tidak berupaya' hadapi musim sejuk

Harga gas asli terus naik, EU gusar ‘tidak berupaya’ hadapi musim sejuk

PENDUDUK menolak kereta yang tersekat akibat dilitupi salji tebal di Haarlem, berhampiran Amsterdam, Belanda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kementerian Tenaga Belgium memberi amaran negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bakal berdepan ‘lima hingga 10’ musim sejuk paling teruk pada masa akan datang sekiranya tiada sebarang langkah dilakukan bagi mengurangkan harga gas asli.

Banyak negara EU bergelut dengan kenaikan harga tenaga sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu sehingga menyebabkan sekatan ekonomi besar-besaran dikenakan terhadap Moscow.

Russia membekalkan EU sekurang-kurangnya 40 peratus bekalan gas pada tahun lalu dan kini mengehadkannya susulan sekatan yang dikenakan.

Menteri Tenaga Belgium, Tinne Van der Straetan menerusi Twitter menegaskan, harga gas asli di Eropah perlu ‘dibekukan’ serta-merta.

“EU bakal berdepan lima hingga 10 musim sejuk yang paling teruk jika kita tidak melakukan apa-apa mengenai bekalan dan harga gas. Banyak negara mungkin ‘tidak boleh selamat’ dalam musim sejuk selepas ini.

“Kita perlu bekerjasama untuk memastikan harga gas tidak terus naik sehingga menyukarkan semua pihak,” katanya.

Pandangan sama turut dilontarkan oleh Canselor Austria, Karl Nehammer yang menyatakan, harga gas perlu diturunkan dan tidak boleh membiarkan Presiden Russia, Vladimir Putin menentukan harga sumber itu setiap hari.

Dalam pada itu, Jerman merupakan negara Eropah paling banyak mengimport bekalan gas dari Russia pada 2020 dan kini bergelut mengukuhkan rizab simpanan selepas Moscow menghentikan bekalan.

Jerman menyasarkan kapasiti bekalan gas mencecah 85 peratus menjelang Oktober ini menerusi pelbagai langkah penjimatan tenaga yang dilakukan.

Menteri ekonominya, Robert Habeck berkata, antara langkah yang dilakukan termasuk membeli bekalan daripada pihak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN