Silap umum ramalan hujan, ketua jabatan kaji cuaca dipecat

Gara-gara silap umum ramalan hujan, ketua jabatan kaji cuaca dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Dua pakar cuaca di Jabatan Meteorologi Kebangsaan Hungary dipecat disebabkan kesilapan mengumumkan ramalan cuaca yang mencetuskan kemarahan politik.

BBC melaporkan, jabatan berkenaan membuat permohonan maaf menerusi laman Facebook dengan menyatakan perkara itu tidak dijangka terjadi dan sebab itu dinamakan sebagai ramalan.

Penjelasan itu bagaimanapun berakhir dengan pemecatan ketua dan timbalan jabatan berkenaan serta-merta yang diumumkan oleh Menteri Inovasi, Laszlo Palkovics.

Semuanya bermula dengan perancangan rapi sebuah acara pertunjukan bungai api terbesar Eropah yang dirancang pada malam Sabtu lalu, bagi meraikan sambutan St. Stephen’s Day iaitu hari cuti umum.

Namun, tujuh jam sebelum acara bermula, kerajaan terpaksa menangguhkannya selama seminggu lantaran menerima amaran cuaca ekstrem.

Pasukan yang bersedia dengan 40,000 tembakan bunga api dari 240 lokasi di sepanjang lima kilometer Sungai Danuber dan pusat kota Budapest amat terkesan dengan perubahan itu.

Sambutan itu merupakan acara yang sangat dinantikan jutaan rakyat.

Bagaimanapun, cuaca kekal tenang dan acara seperti itu tidak sepatutnya ditunda.

Hujan berserta ribut yang diramal dilihat berubah haluan dan hanya melanda bahagian timur negara itu, langsung tidak melibatkan ibu negara Hungary.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya