Gara-gara bola sepak, bayi maut semasa naik motosikal

Gara-gara bola sepak, bayi maut akibat paru-paru berair semasa naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa oleh bapanya menaiki motosikal untuk menonton perlawanan bola sepak di Surabaya.

Lapor detik.com, lelaki berusia 38 tahun akhirnya menyesal tidak berkesudahan selepas doktor mengesahkan anaknya menghidap paru-paru berair.

Semasa kejadian, lelaki dikenali sebagai FJ membawa anaknya ke Hospital Marine di Gunung Sari sebelum dirujuk ke Hospital RSAL, Surabaya.

Ketika itu, doktor mengesahkan bayi tersebut sudah tidak bernafas sebelum diberi alat sokongan pernafasan.

“Bayi tersebut bernafas semula dan bapanya sedikit lega mendengar perkembangan itu.

“Doktor ketika itu memberitahu terdapat cecair di dalam paru-paru mangsa dan perlu dibuang segera.

“Selepas cecair tersebut berjaya dikeluarkan, tiba-tiba jantung bayi itu tidak lagi berdegup,” katanya.

Menurut FJ, dia menerima panggilan yang memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi.

“Saya berasa sangat menyesal kerana disebabkan sikap pentingkan diri sendiri semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak, akhirnya meragut nyawa anak saya,” luahnya.

Difahamkan, FJ menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah ke Surabaya bagi menjimatkan kos berbanding menaiki kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya