Ford Escort milik Puteri Diana dilelong RM3.8 juta - Utusan Malaysia

Ford Escort milik Puteri Diana dilelong RM3.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah kereta Ford Escort RS Turbo Siri 1 yang pernah dipandu mendiang Puteri Diana memperoleh bidaan bernilai 724,500 pound (RM3.8 juta) dalam satu lelongan di litar perlumbaan Silverstone, Britain, semalam.

Laman web Silverstone menghuraikan kereta itu sebagai Ford Escort terakhir Puteri Wales berkenaan, dengan jarak perjalanan 24,961 batu atau 40,171 kilometer (km).

Ia adalah milik mendian puteri itu antara 1985 dan 1988.

Puteri Diana sering dilihat memandu kereta itu di sekitar Chelsea dan Kensington, yang mencatatkan jarak perjalanan 6,800 batu (10,943 km) sebelum mengembalikannya kepada Ford.

Laman web itu memaklumkan, selepas dipulangkan, kereta itu dimiliki beberapa individu sebelum kembali kepada Ford.

Laman web itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai pemenang lelongan itu.

Jurulelong berkata, RS Turbo Siri 1 lazimnya dibuat dalam warna putih, namun pengawal polis keluarga diraja meminta kenderaan Puteri Diana itu dicat hitam bagi tujuan keselamatan.

Pakar kereta klasik di Silverstone Auctions, Arwel Richards memberitahu Reuters, keputusan seorang puteri untuk memandu kenderaan itu adalah ‘pilihan yang sangat berani’.

Minggu depan, genap 25 tahun Puteri Diana meninggal dunia, pada usia 36 tahun, selepas sebuah limosin yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika dikejar paparazzi yang menunggang motosikal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN