Feri terbakar: Lebih 80 penumpang diselamatkan di selatan Manila

Feri terbakar: Lebih 80 penumpang diselamatkan di selatan Manila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Lebih 80 penumpang dan anak kapal Starlite Ferries berjaya diselamatkan selepas feri tersebut dilaporkan terbakar berdekatan Pelabuhan Batangas di Selatan Manila.

Difahamkan, ramai dalam kalangan mereka terjun menyelamatkan diri ketika api terus marak ditambah dengan keadaan cuaca yang berangin.

Feri MV Asia Philippines membawa 82 penumpang termasuk anak kapal dan beroperasi sebagai feri barangan dan penumpang antara pulau berhampiran bandar Calapan di wilayah Oriental Mindoro.

Punca kebakaran belum diketahui setakat ini.

Feri berkenaan boleh membawa sehingga 400 penumpang dan sebelum ini, terdapat kes pengendali feri yang tidak mendaftarkan penumpang mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN