ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam puluhan cedera dalam dua kemalangan jalan raya di lokasi berasingan di Turkiye, kelmarin.
Media tempatan melaporkan, nahas pertama berlaku membabitkan bas dan ambulans, menyebabkan 15 orang terbunuh dan 31 cedera di lebuh raya di wilayah Gaziantep.
Agensi berita DHA melaporkan, sebuah bas penumpang merempuh ambulans di lokasi yang menyaksikan jentera bomba berlanggar dengan kenderaan membawa petugas media sebelum ini.
Tiga anggota paramedik, tiga bomba dan dua wartawan dari agensi berita Ilhas antara yang muat dalam kemalangan terbabit.
Sejumlah imej yang disiarkan menunjukkan bahagian belakang ambulans tersebut remuk teruk dan kerosakan besar pada bas terbabit.
Dalam pada itu, pasukan pendakwa raya sudah pun memulakan siasatan terhadap satu lagi kemalangan jalan raya yang berlaku di wilayah Derik.
Nahas itu menyaksikan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan hampir 30 cedera selepas sebuah trak merempuh orang ramai.
Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat masalah brek pada lori berkenaan sehingga menyebabkan kenderaan gagal dikawal dan merempuh orang ramai.
Agensi berita Anadolu memaklumkan, satu lagi kemalangan turut berlaku di lokasi sama sebelum itu, melibatkan tiga kenderaan.
Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag menerusi Twitter memaklumkan, dua siasatan sudah dibuka berhubung nahas yang berlaku.
Katanya, kesemua maklumat diambil kira bagi membantu siasatan. – AFP