Dua bulan tidur sebelah kubur ayah

Dua bulan tidur sebelah kubur ayah

REMAJA lelaki dibawa keluar dari kawasan kubur ayahnya di Boyolali, Jawa Tengah.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOYOLALI: Seorang remaja berusia 16 tahun sanggup menghabiskan masa selama dua bulan tidur di sebelah kubur bapanya dengan alasan supaya dia lebih dekat dengan arwah. 

Lapor Kompas.com, kisah menyayat hati itu diceritakan oleh pengawal di Boyolali, Jawa Tengah mengenai remaja lelaki yang dikenali sebagai BW. 

Ketua Seksyen Penguatkuasaan Boyolali, Tri Joko Mulyono berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai cerita mengenai anak yatim tersebut. 

Katanya, beliau bersama pegawainya membuat pemeriksaan di kubur yang terletak di sempadan Boyolali dan Sukoharjo. 

“Namun, semasa tiba di lokasi  itu, kami terkejut melihat barang peribadi milik remaja itu. 

“Kami sangat sedih melihat tempat yang dijadikan sebagai kawasan tidur di sebelah kubur oleh remaja itu,” katanya. 

Susulan itu, Tri meminta remaja itu memindahkan barang peribadinya dan tidak tinggal di kubur lagi. 

Katanya, remaja itu akan ditempatkan di rumah singgah di Boyolali. 

Tri turut memberitahu BW sudah berhenti belajar sejak zaman sekolah rendah lagi. 

Jelasnya, BW terpaksa bekerja sebagai buruh pembinaan bagi menampung keperluan hidup. 

“Dia juga pernah bekerja di tempat mencuci kenderaan dan menyanyi di kawasan jalan selepas tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi. 

“Difahamkan, dia juga mempunyai adik beradik lain seramai lima orang dan dia merupakan anak bongsu. Namun, katanya, dia tidak pernah berkomunikasi antara satu sama lain,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya