fbpx

Dikecam guna dua petak parkir untuk ‘cop tempat’ bagi rakan

GAMBAR menunjukkan kereta itu diparkir di tengah-tengah dua petak parkir kenderaan berhampiran Boscombe Pier, Bournemouth. - RYAN MORTIMER

LONDON: Penduduk di Bournemouth, United Kingdom (UK) mengecam tindakan seorang individu yang menggunakan dua tempat letak kenderaan semata-mata untuk ‘cop tempat’ bagi rakannya.

Penduduk dikenali sebagai Ryan Mortimer memuat naik gambar kereta berkenaan diparkir di tengah-tengah dua petak letak kenderaan menerusi media sosial.

Memetik laporan Metro, Mortimer berkata, ramai orang menegur perbuatan individu itu dan rakan-rakannya.

Dia mendakwa individu itu meletak keretanya dalam kedudukan tersebut selama lebih dua jam sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan parkir berhampiran Boscombe Pier.

Menurut Mortimer, pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu tersebut namun tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah itu.

Tindakan individu itu menyebabkan ramai pelancong dan penduduk terpaksa merebut mencari tempat letak kereta di tepi pantai.

“Kereta diparkir di Boscombe Undercliffe Drive dalam keadaan seperti ini selama lebih sejam.

“Saya dapat tahu dia cop petak parkir untuk rakannya, jadi saya mengadu kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil.

“Selepas lebih dua jam, rakannya sampai dan petak parkir itu diberikan kepadanya. Ramai yang menegur tetapi mereka kelihatan tidak peduli,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!