Cuaca panas melampau, China keluarkan amaran tahap merah - Utusan Malaysia

Cuaca panas melampau, China keluarkan amaran tahap merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Balai Cerap China mengeluarkan amaran tahap merah berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu.

Memetik laporan Xinhua, kod warna merah merupakan amaran paling berbahaya berbanding empat tahap amaran.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan, wilayah Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Henan, Hubei, Shandong, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hunan, Guizhou, Xinjiang dan Inner Mongolia dijangka mengalami suhu 35 hingga 39 darjah Celsius.

Jelasnya, suhu di Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Hubei, Hunan, Jiangxi, Anhui, Jiangsu, Shanghai dan Zhejiang mungkin melebihi 40 atau mencecah 42 darjah Celsius.

“Pihak berkuasa tempatan dinasihatkan mengambil langkah terhadap gelombang haba dengan menangguhkan aktiviti luar di kawasan terbuka dan menumpukan kepada langkah pencegahan kebakaran serta melindungi kumpulan mudah berisiko,” jelasnya.

China mempunyai sistem amaran cuaca dengan kod warna empat peringkat yang mana merah mewakili amaran paling berbahaya, diikuti oren, kuning dan biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya