Covid-19: Lebih 80,000 pelancong terkandas di Sanya - Utusan Malaysia

Covid-19: Lebih 80,000 pelancong terkandas di Sanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lebih 80,000 pelancong dilaporkan terkandas di sebuah pusat peranginan pantai di selatan China, Sanya selepas pihak berkuasa mengenakan sekatan perjalanan ketat akibat lonjakan kes Covid-19.

Sanya yang terletak di bandar selatan di Pulau Hainan, turut dikenali sebagai `Hawaii China’ dengan iklim nyaman sepanjang tahun.

Sebanyak 483 kes Covid-19 dilaporkan di bandar Sanya yang mempunyai lebih sejuta penduduk.

Sebanyak 229 kes yang dilaporkan pada Jumaat lalu dan tambahan 129 kes lagi semalam.

Sekatan itu berkuatkuasa semalam ketika pihak berkuasa berusaha untuk menangani penularan Covid-19 di bandar tersebut.

Dalam pada itu, pihak pengurusan kereta api menghentikan penjualan tiket di Sanya malah semua penerbangan ke luar destinasi itu juga dibatalkan pada hujung minggu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, pelancong yang mahu meninggalkan Sanya harus diuji negatif bagi Covid-19 menerusi lima ujian PCR sepanjang tujuh hari.

Seorang pegawai memaklumkan hotel di bandar itu diminta untuk menawarkan diskaun 50 peratus kepada pengunjung sehingga sekatan perjalanan dilonggarkan.

China masih berpegang teguh pada strategi sifar Covid-19 dengan pelaksanaan perintah berkurung segera dan tempoh kuarantin lama sehingga menjejaskan industri pelancongan tempatan. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya