China tingkatkan latihan ketenteraan, lancar lebih banyak peluru berpandu - Utusan Malaysia

China tingkatkan latihan ketenteraan, lancar lebih banyak peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ruang udara berhampiran Taiwan terus dihujani dengan peluru berpandu dari China ketika negara itu meningkatkan latihan ketenteraan yang di sekitar Taiwan.

Beijing sehingga kini enggan mengesahkan sama ada peluru berpandu yang dilancarkan sudah memasuki ruang udara Taiwan dan Taipei juga tidak mahu mengesahkan atau menafikan mengenai perkara tersebut.

Namun, Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan sebanyak sembilan peluru berpandu dikesan dilancarkan oleh China dengan empat daripadanya ‘dipercayai sudah memasuki ruang udara Taiwan’.

China melaksanakan latihan ketenteraan yang disifatkan terbesar selepas Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melakukan lawatan ke Taiwan sebelum ini.

Sebelum itu, Beijing sudah beberapa kali memberi amaran bahawa lawatan Pelosi bakal ‘mengakibatkan kesan buruk’, namun tidak diendahkan oleh Washington.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) ‘menerbangkan lebih 100 pesawat perang, termasuk jet pejuang dan pengebom’ sepanjang latihan ketenteraan berlangsung.

Latihan itu mendapat tentangan keras dari AS, Kesatuan Eropah (EU) dan juga Jepun.

Jurucakap Whote House, John Kirby menyifatkan tindakan China itu sebagai ‘langkah awal’ untuk negara berkenaan meningkatkan kehadiran tenteranya di Selat Taiwan.

China sehingga kini menegaskan latihan ketenteraan itu hanyalah sebagai ‘pendekatan yang diambil bagi berdepan dengan provokasi oleh AS dan sekutu Taiwan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya