TAIPEI: Tentera China melancarkan 11 peluru berpandu balistik ke sekitar perairan pantai timur laut dan barat daya Taiwan.
Amaran itu merupakan sebahagian daripada siri latihan ketenteraan terbesar yang pernah dilakukan sebagai tindak balas terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.
Kerajaan Jepun berkata, peluru berpandu China turut mendarat di perairan negara itu dan menggesa tindakan tersebut ‘dihentikan segera’.
Komando Teater Timur Tentera China dalam kenyataan menjelaskan latihan tersebut memberikan tumpuan kepada sesi latihan utama termasuk sekatan bersama, serangan sasaran laut, sasaran darat serta operasi kawalan udara.
Susulan itu, Kementerian Pertahanan Taiwan telah mengaktifkan sistem pertahanan dan memantau rapat situasi tersebut.
Kementerian Luar Taiwan menuduh China mengikut contoh Korea Utara dengan sengaja melancarkan ujian peluru berpandu berhampiran perairan negara lain.-BBC