China jalankan latihan ketenteraan baharu di Taiwan - Utusan Malaysia

China jalankan latihan ketenteraan baharu di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China memaklumkan negaranya menjalankan latihan ketenteraan baharu di perairan dan ruang udara mengelilingi Taiwan.

Beijing menyifatkan operasi ketenteraan sebagai `langkah pencegahan’ terhadap Washington dan Taipei susulan lawatan delegasi anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) ke wilayah separa autonomi itu.

“Hari ini, Komander Eastern Theater Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengadakan rondaan dan latihan ketenteraan bersama di laut dan ruang udara sekitar Taiwan,” jelas tentera China dalam kenyataan.

Rombongan delegasi anggota Kongres AS itu dijangka bertemu dengan pemimpin Taipei, hanya beberapa minggu selepas Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengadakan lawatan serupa.

Kunjungan Pelosi ke Taiwan meningkatkan ketegangan sehingga China mengecam dan menyifatkannya sebagai `sangat berbahaya’.

Lawatan rombongan delegasi itu diadakan selepas Beijing mengerahkan kapal perang, melancarkan peluru berpandu dan jet ke perairan dan ruang udara sekitar Taiwan.

Delegasi diketuai oleh Senator Ed Markey dan diiringi empat anggota Kongres lain dijangka mengadakan mesyuarat dengan Presiden, Tsai Ing-wen diikuti dengan majlis jamuan di kementerian luar.

Menurut Kedutaan umum AS di Taipei, lawatan delegasi itu memberi tumpuan kepada perdagangan, keselamatan serantau dan perubahan iklim serta beberapa isu berkepentingan bersama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya