Boris Johnson kembali jadi wartawan?

Boris Johnson kembali jadi wartawan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan mencari sumber pendapatan baharu dengan kembali ke dalam bidang kewartawanan selepas meletak jawatan dan meninggalkan pejabatnya di Downing Street.

Lapor The Guardian yang memetik pelbagai sumber di Daily Mail, beliau ditawarkan menulis dalam ruangan akhbar itu apabila meninggalkan Pejabat Perdana Menteri.

Terdapat spekulasi Johnson bersedia memberikan pengiktirafan kepada Ketua Pengarang Syarikat Daily Mail, Paul Dacre, menerusi senarai penghormatan peletakan jawatannya. 

“Ini boleh membantu menenangkan Dacre, selepas Johnson gagal memastikan Dacre mengendalikan media Ofcom

“Pada masa sama, perdana menteri sedang mencari sumber pendapatan baharu memandangkan gajinya akan dikurangkan sebanyak 84,000 pound sterling (RM453,000)  selepas meninggalkan pejabat dan  berdepan kos perceraian yang mahal serta menanggung ramai anak,” kata laporan itu. 

Bagaimanapun, jurucakap di Daily Mail tidak memberi maklum balas, manakala Downing Street enggan mengulas sama ada Johnson telah ditawarkan jawatan di syarikat akhbar itu.

Tiga hari sebelum Johnson menjadi Perdana Menteri, artikel terakhirnya yang diterbitkan pada 21 Julai 2019 dalam Daily Telegraph bertajuk ‘seruan untuk Britain mengambil iktibar daripada pendaratan di bulan 1969’ dan merangkul ‘semangat boleh buat’ semasa melaksanakan Brexit. 

Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Daily Telegraph sepanjang kerjaya politiknya, malah dilaporkan menjana pendapatan sebanyak 275,000 pound sterling (RM1.48 juta) untuk menulis selama 10 jam sebulan dalam ruangan akhbar mingguan.

Bagaimanapun, akhbar itu menjadi semakin suram selepas beliau terpalit skandal partygate. 

Johnson dilaporkan perlu mencari ‘rumah baharu’ jika mahu kembali ke kerjaya asalnya sebagai wartawan. 

Johnson pernah bekerja sebagai wartawan The Times pada 1987 tetapi dipecat kerana terbukti memalsukan kenyataan sumbernya. 

Beliau juga bekerja sebagai koresponden di The Daily Telegraph pada 1989 sebelum menceburi bidang politik.  

Pada Julai lalu, Johnson mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin negara ini dan Parti Konservatif selepas didesak ramai pihak. 

30 ahli Parlimen dalam Kabinet pimpinan Johnson turut meletak jawatan dan beliau didesak melepaskan kedudukannya secara bermaruah atau berdepan usul undi tidak percaya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya