Banjir di Pakistan: 119 maut dalam tempoh 24 jam - Utusan Malaysia

Banjir di Pakistan: 119 maut dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Seramai 119 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu ketika banjir monsun susulan hujan lebat terus melanda beberapa bahagian di Pakistan.

Jumlah mangsa terkorban akibat banjir monsun di Pakistan yang bermula sejak Jun lalu sudah mencecah 1,033 orang.

Angka kematian itu dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), hari ini.

Monsun tahunan adalah penting untuk pengairan tanaman dan mengisi semula tasik serta empangan di seluruh sub benua India itu, namun setiap tahun ia juga membawa gelombang kemusnahan.

Menurut pegawai, banjir monsun tahun ini menjejaskan lebih 33 juta penduduk selain memusnahkan hampir sejuta rumah mereka.

NDMA memaklumkan lebih dua juta ekar tanaman musnah dan jalan raya seluas 3,451 kilometer (km) terjejas serta 149 buah jambatan dihanyutkan arus deras. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN