Angka kematian letupan pasar Armenia meningkat 16 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian letupan pasar Armenia meningkat 16 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Jumlah korban insiden letupan besar di sebuah pasar di ibu negara Armenia, meningkat kepada 16 orang.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Armenia, letupan di pasar borong Surmalu turut mengakibatkan 60 orang cedera dan 18 lagi masih hilang.

Letupan tersebut juga menyebabkan kebakaran dan sebuah bangunan runtuh.

“16 mayat mangsa ditemukan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan,” jelas kementerian itu dalam kenyataan.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 350 anggota melaksanakan kerja menyelamat di lokasi kejadian.

Setakat ini, punca letupan masih belum dikenal pasti namun media tempatan melaporkan letupan itu bermula di sebuah gudang menyimpan bunga api.

Pihak berkuasa tempatan menafikan letupan itu merupakan serangan pengganas.

Malah, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan ke atas pelanggaran peraturan `bekalan bahan mudah terbakar’ serta piawaian keselamatan kebakaran dan kematian orang akibat kecuaian. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya