Air hujan tak selamat lagi diminum

Air hujan di seluruh dunia tidak selamat diminum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Air hujan di seluruh dunia kini tidak lagi selamat untuk diminum kerana paras bahan kimia toksik yang dikenali sebagai PFAS melebihi garis panduan terkini.

PFAS, yang merujuk pada bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil, pada mulanya ditemukan dalam pembungkusan, syampu rambut atau alat solek.

Namun kini, bahan kimia itu sudah merebak ke seluruh persekitaran, termasuk air dan udara.

Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi belum diketahui.

Seorang Pakar Sains Alam Sekitar di Universiti Stockholm, Prof. Ian Cousins menjalankan ujian bagi empat jenis PFAS dan menganalisis beberapa ukuran lain.

“Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan melebihi paras garis panduan,” katanya dalam kajian yang diterbitkan minggu lalu.

Sebahagiannya mempunyai kaitan dengan garis panduan tahap PFAS, yang menurun dengan ketara di kebanyakan negara.

Sebagai contoh, nilai garis panduan air minum yang dikeluarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk PFA yang menjadi penyebab barah tertentu adalah 37.5 juta lebih kecil daripada piawaian sebelum ini.

Ia dilakukan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin.

Walaupun terdapat teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia tersebut, ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak akan dapat mengekstrak PFAS yang mencukupi untuk memenuhi had keselamatan baharu.

Menurut Cousins, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan kecuali menunggu selama beberapa dekad.

“Ia akan perlahan-lahan mencair ke lautan. Kita juga boleh menghentikan larut lesap dari tapak pelupusan sampah lama dengan menutup tapak pelupusan sampah dan merawat bahan larut lesap dan memastikan sisa lama dibakar pada suhu tinggi,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya