31 maut akibat banjir kilat di utara Afghanistan - Utusan Malaysia

31 maut akibat banjir kilat di utara Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan puluhan lagi masih hilang dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat di utara Afghanistan.

Lapor agensi berita Bakhtar, banjir itu berlaku di utara wilayah Parwan.

Jelasnya, wanita dan kanak-kanak antara mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

Malah, seramai 17 orang lagi dilaporkan cedera dalam bencana itu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 100 orang masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.

Bencana itu juga menghanyutkan puluhan rumah di tiga daerah terjejas di Parwan.

Wilayah Parwan dikelilingi dengan pergunungan dan lebih kerap mengalami banjir disebabkan hujan lebat.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi tempatan memaklumkan lebih banyak hujan dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang di kebanyakan 34 wilayah Afghanistan.

Sebelum ini, hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan mengakibatkan 40 orang maut pada Julai lalu dan 19 orang terkorban pada bulan sebelumnya. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya