fbpx

30,000 warga Zaporizhzhia mohon jadi rakyat Rusia

TENTERA Russia mengawal Loji Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia di Energodar, Ukraine.-AFP

MOSCOW: Tentera Russia mendakwa lebih 30,000 orang memohon menjadi warganegara Russia di wilayah Zaporizhzhia atau Zaporozhye. 

Ketua Pentadbiran Awam dan Ketenteraan wilayah itu, Yevgeny Balitsky berkata, jumlah penduduk tempatan yang memohon menjadi warga Russia semakin ramai selepas kawasan itu diduduki oleh Moscow. 

“Sehingga kini, lebih 30,000 permohonan dengan pakej lengkap dokumen yang diperlukan sedang dipertimbangkan di pusat pengeluaran pasport. 

“Pada peringkat ini, kami mengusahakan mekanisme untuk menangani isu tertentu seperti prosedur pengeluaran pasport yang ditangguhkan,” katanya menerusi saluran Telegram.

Zaporizhzhia merupakan wilayah yang dikuasai oleh Russia sejak Moscow melakukan operasi ketenteraan khas ke Ukraine. 

Sebelum ini, Balitsky berkata, wilayah tersebut akan melakukan referendum untuk bergabung dengan Russia.  

Menurut Balitsky,terdapat 12 pejabat menerima dokumen untuk mengeluarkan pasport dengan tiga di Melitopol, dua di Berdyansk, dan masing-masing satu di Akimovka, Priazovye, Tokmak, Mikhailova, Dneproprudny, Energodar dan Kamenka. 

25 Mei lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani dekri untuk memudahkan prosedur pengeluaran pasport Russia bagi penduduk yang tinggal di wilayah Zaporizhzhia dan Kherson di Ukraine. 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!