26 paderi didakwa lakukan pedofilia di Colombia - Utusan Malaysia

26 paderi didakwa lakukan pedofilia di Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBIA: Gereja Katolik di Colombia mendedahkan senarai 26 nama paderi yang disiasat kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap golongan kanak-kanak.

Gereja Archidiocese of Medellin memaklumkan, senarai nama itu melibatkan paderi yang dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut antara 1995 dan 2019.

“Kebanyakan paderi ini sudah digantung perkhidmatan buat sementara waktu dan ada juga antara mereka yang sudah bertugas semula,” kata seorang wartawan, Juan Pablo Barrientos yang menyiasat skandal pedofilia sejak bertahun lalu.

Pasukan pendakwa raya yang enggan memberi kenyataan berhubung pendedahan itu memaklumkan, mereka sudah menerima 14 laporan sehingga Khamis lalu, biarpun serangan yang dilakukan berlaku beberapa tahun lepas.

Ketua paderi gereja tersebut, Monsignor Ricardo Tobon berkata, institusi itu mahu menunjukkan ‘ketelusan, komitmen dan kebenaran’ kepada semua pihak.

Pada 2019, Barrientos menerbitkan buku berjudul ‘Let the Children come to me’, iaitu satu siasatan mengenai pedofilia dalam kalangan paderi di negara Amerika Selatan.

Gereja berkenaan cuba menghalang penerbitan buku itu menerusi perundangan namun usaha mereka gagal.

Sekurang-kurangnya enam paderi dihukum penjara kerana merogol kanak-kanak di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN