25 maut serangan udara di stesen kereta api Ukraine - Utusan Malaysia

25 maut serangan udara di stesen kereta api Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dan puluhan yang lain cedera dalam serangan roket tentera Russia di sebuah stesen kereta api ketika negara ini meraikan Hari Kebangsaan.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi amaran mengenai risiko serangan yang bakal berlaku pada sambutan Hari Kebangsaan negara ini.

Pihak berkuasa Ukraine memaklumkan, lima daripada mangsa terbunuh ketika menaiki kenderaan semasa serangan di pekan Chaplyne itu berlaku, termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun.

Pencerobohan Russia di Ukraine sudah pun memasuki enam bulan dan sehingga kini, Moscow menafikan sekeras-kerasnya kesemua serangan yang dilakukan menyasarkan penduduk dan infrastruktur awam.

“Jumlah korban mungkin meningkat dari semasa ke semasa dan inilah yang dimahukan oleh Russia, menyaksikan nyawa tidak bersalah menjadi mangsa,” kata Zelensky.

Pada April lalu, satu lagi serangan berlaku di sebuah stesen kereta api, menyaksikan lebih 50 orang terbunuh.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai tertinggi kerajaan Kyiv membuat perancangan untuk memastikan Presiden Vladimir Putin dan semua pegawai tenteranya diheret ke muka pengadilan kerana melakukan jenayah perang.

Pasukan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pentadbiran Presiden Ukraine, Andrii Smirnov.

“Hanya di mahkamah semua penjenayah yang memulakan peperangan di Ukraine akan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka,” tegasnya.

Ketika ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sudah pun menyiasat dakwaan berlakunya jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine.

Namun, ICC tidak boleh memutuskan pencerobohan Russia itu sebagai satu jenayah memandang Moscow dan Kyiv tidak mengiktiraf Rome Statute. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN