20 maut bas bertembung lori tangki minyak di Pakistan

20 maut bas bertembung lori tangki minyak di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sebuah lori tangki minyak bertembung dengan sebuah bas di Pakistan sehingga mengorbankan 20 penumpang di lebuh raya di bandar Multan.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Multan, Tahir Wattoo berkata, kedua-dua kenderaan itu terbakar sejurus kemalangan berhampiran bandar Jalalpur Peerwala di wilayah Punjab.

Difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari bandar timur Lahore ke bandar pelabuhan selatan Karachi.

Katanya, petunjuk awal menunjukkan kecuaian pemandu bas menyebabkan perlanggaran tersebut.

“Pemandu yang turut terbunuh merempuh belakang lori minyak.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan enam penumpang dalam keadaan kritikal. Beberapa mayat yang terbakar juga belum dapat dikenal pasti sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif meminta pihak berkuasa kesihatan memberikan rawatan terbaik kepada mangsa yang cedera.

Kemalangan maut di jalan raya adalah kejadian biasa di Pakistan disebabkan infrastruktur jalan yang lemah serta pengabaian undang-undang jalan raya.-AP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.