Tiga wanita Iran dihukum mati, bunuh suami sendiri

Tiga wanita Iran dihukum mati, bunuh suami sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Pihak berkuasa Iran menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga wanita selepas didapati bersalah membunuh suami mereka.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia Iran, kesemua tertuduh adalah antara 32 individu yang menjalani hukuman mati minggu lalu.

Bekas pengantin perempuan dituduh membunuh lelaki yang dikahwininya semasa berumur 15 tahun antara yang dihukum mati.

Pembunuhan dipercayai bermotifkan ‘pertikaian keluarga’.

Pelaksanaan hukuman mati di Iran didapati semakin meningkat ketara, berbanding tahun lalu.

Iran juga bahkan didapati menghukum mati lebih ramai wanita berbanding negara lain, yang majoritinya didapati bersalah membunuh suami mereka.

Aktivis berkata, kebanyakan kes melibatkan tuduhan keganasan rumah tangga, tetapi mahkamah Iran sering mengabaikan aspek tersebut.

Jumlah tepat mengenai bilangan pelaksanaan tidak dikeluarkan kerana pihak berkuasa Iran tidak mengumumkan secara rasmi setiap kes hukuman mati dijalankan.

Berdasarkan kajian yang disiarkan April lalu oleh dua kumpulan hak asasi manusia, hanya 16.5 peratus pelaksanaan hukuman dipercayai dijalankan di Iran, tahun lalu.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya