Tiga maut termasuk suspek dalam insiden tembakan di Kanada - Utusan Malaysia

Tiga maut termasuk suspek dalam insiden tembakan di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Seorang lelaki bersenjata ditembak mati oleh polis selepas membunuh dua orang dan mencederakan dua yang lain dalam siri tembakan dekat Vancouver, semalam.

Sebelum ini, laporan menyatakan penyerang mungkin menyasarkan gelandangan, tetapi ia tidak segera disahkan oleh pihak berkuasa di Langley, sebuah bandar dengan 130,000 penduduk, kira-kira sejam perjalanan di tenggara Vancouver.

Ketua Polis Langley, Ghalib Bhayani mengesahkan bahawa empat orang telah ditembak oleh seorang yang dipercayai lelaki bersenjata.

“Dua daripada mangsa maut, manakala mangsa ketiga iaitu seorang wanita dalam keadaan kritikal dan mangsa keempat ditembak di kaki.

“Pihak berkuasa masih berusaha untuk mengenal pasti mangsa dan suspek untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kaitan antara mereka,” katanya dalam sidang akhbar.

Beberapa penduduk Langley turut membuat ciapan dalam Twitter mengenai amaran kecemasan yang diterima daripada polis pada kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan yang mengesahkan berlaku adegan tembak menembak di kawasan pusat bandar.

Makluman seterusnya kepada penduduk menyatakan suspek bukan lagi ancaman, tetapi menggesa mereka menjauhi kawasan kejadian.

Jenayah kekerasan berkaitan senjata api menyumbang kurang daripada tiga peratus daripada semua jenayah kekerasan di Kanada, tetapi sejak 2009 kadar perkapita senjata api yang ditembak dengan niat untuk membunuh atau mencederakan telah meningkat lima kali ganda.

Berikutan gelombang tembakan besar-besaran di negara jiran Amerika Syarikat (AS), Perdana Menteri, Justin Trudeau mengumumkan cadangan pembekuan pemilikan pistol yang secara berkesan akan mengharamkan pengimportan dan penjualan senjata api.

Pada Mei 2020, Kanada mengharamkan 1,500 jenis senjata api gred tentera atau gaya serangan, beberapa hari selepas kejadian tembakan besar-besaran terburuk di negara itu menyebabkan 23 maut di luar bandar Nova Scotia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN