Taman tema Sesame Street disaman RM111 juta

Taman tema Sesame Street disaman RM111 juta

TANGKAP layar dari sebuah video menunjukkan dua kanak-kanak berkulit hitam tidak dihiraukan oleh maskot Rosita di taman tema Sesame Street.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALTIMORE: Sebuah keluarga memfailkan saman AS$25 juta (RM111 juta) terhadap pengurusan taman tema Sesame Street kerana mendakwa berlaku isu diskriminasi perkauman. 

Lapor Daily Mail, ahli keluarga itu menjelaskan anak perempuan mereka berusia lima tahun tidak dihiraukan oleh maskot berwarna hijau semasa sesi beramah mesra disebabkan kanak-kanak itu berkulit gelap, bulan lalu. 

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Philadelphia dengan menamakan SeaWorld Parks dan pemilik Sesame Place sebagai defendan.

Mengikut tuntutan saman tersebut, ketika kejadian seramai empat pekerja yang memakai kostum Sesame Street tidak mempedulikan Kennedi Burns yang merupakan anak kepada Quinton Burns serta seorang kanak-kanak berkulit gelap lain, 18 Jun lalu. 

“Setiap kali saya melihat rakaman video itu, saya akan berasa sedih kerana jelas terpancar riak wajah kecewa pada anak saya,” katanya semasa sidang akhbar. 

Tuntutan saman itu dikemukakan selepas video tular menunjukkan dua kanak-kanak perempuan dari New York kelihatan dimalukan oleh kostum Rosita semasa acara perarakan di Langhorne, Philadelphia. 

Peguam plaintif, Malcolm Ruff menggesa pihak pengurusan taman tema bersikap lebih telus dengan memberikan pampasan kepada ahli keluarga yang terkesan. 

“Kanak-kanak itu tidak dihiraukan berbanding kanak-kanak berkulit putih yang dapat berinteraksi, memberikan pelukan dan sapaan.

“Kennedi sudah berdepan pengalaman perkauman ketika baru mencecah usia lima tahun. Ini adalah perkara yang tidak boleh diterima dan kami tidak akan membenarkan insiden ini berterusan,” katanya. 

Susulan itu, pihak pengurusan taman tema tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden tersebut dan menjelaskan individu yang memakai kostum sebenarnya tidak dapat melihat kanak-kanak tersebut disebabkan jarak penglihatan terhad. 

Alasan tersebut bagaimanapun menyebabkan lebih ramai pengunjung bersuara dengan menceritakan pengalaman serupa. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN