COLOMBO: Sri Lanka menarik semula perintah berukurang yang dikenakan sejak semalam apabila langlah itu gagal mengekang pergerakan rakyat untuk melancarkan protes besar-besaran mendesak pengunduran Presiden Gotabaya Rajapaksa.
Orang ramai sudah mula berhimpun di Colombo untuk menyertai protes tersebut.
Polis menarik semula perintah berkenaan selepas sejumlah parti pembangkang, aktivis hak asasi dan persatuan peguam mengugut untuk menyaman ketua polis negara ini.
Ribuan penunjuk perasaan tidak mengendahkan larangan tersebut, malah memaksa syarikat pengendali kereta api membawa mereka ke Colombo untuk menyertai protes besar-besaran.
“Perintah berukurang itu tidak berkesan untuk menghalang kami, bahkan lagi menaikkan semangat kami untuk mengusir Rajapaksa,” kata seorang penunjuk perasaan.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan perintah tersebut bagi mengawal rusuhan ganas berlaku.
Krisis ekonomi yang berterusan di negara ini menyebabkan rakyat dalam kebuntuan dan mendesak kerajaan memulihkan keadaan. – AFP